Saturday 7 September 2013

Proton Suprima S 2013. Review Berita Semasa? Berbaloi Atau Tidak Beli?

   
Email
proton suprima
Lihat Gambar proton Suprima S dengan lebih jelas. KLIK SINI
Proton Suprima S : Semua sudah mengetahui Proton Suprima S telah pun dilancarkan secara rasmi baru-baru ini. Berbagai-bagai pendapat yang bertebaran di Internet. Ada yang positif dan ada juga yang bertindak mengkritik untuk kebaikan bersama. Dan Berita Semasa sendiri telah pun test drive Proton Suprima S. Dan ini ceritanya & review daripada kami…..
Sekali pandang, ala-ala macam Mitsubishi lancer VIII 1.6 MIVEC 2011. Dua kali pandang memang Proton Suprima S. Itu antara pandang pertama kami untuk model baru Proton kali ini

Test Drive Proton Suprima S

proton suprima sMula-mula apabila Berita Semasa hidupkan sahaja enjin Proton Suprima S, oleh sebab ia menggunakan Lotus Handling semestinya sterengnya dirasakan berat dan padat. Jadi, apabila kereta proton Suprima S mula bergerak streng sudah mulai selesa untuk digerakkan. Tidak seringan seperti Honda City tetapi apa yang boleh Berita Semasa katakanhandling lebih sedap selesa berbanding drive Toyota Vios. Ooops!! Honestly….
Semasa Berita Semasa reverse, seperti yang diketahui Proton Suprima S bagi varian Premium ada disediakan kemudahan “reverse camera” dan juga “front camera”. Jadi bergunalah terutamanya kepada pemandu yang sangat teruk bab parking, side parking atau tempat sempit. “Front camera” pula tiada nampak apa yang di hadapan kereta anda, ia hanya memberikan amaran samada kereta Proton Suprima S anda masih boleh lajak lagi atau tidak. Dan fungsi ini semua boleh “turn off” atau “on” sesuka hati anda. Walaubagaimanapun, bagi Berita Semasa siapa yang biasa memandu tidak perlukan sebenarnya fungsi-fungsi begini. Honestly….
Lagi Proton Suprima S ada disediakan kemudahan Bluetooth, SD card slot, USB , GPS , internet (Yes 4g ). Manakala butang pada Proton Suprima S ini tidak “fake” yang nampak murah. Getah lembut. Jadi, ok bagi Berita Semasa. Ada penambaikan di situ daripada Proton.
Proton Suprima S 7 gear auto speed. Turbo kelas 2. Jikalau anda mahu bandingkan dengan Subaru, Subaru turbo kelas 3.
Ok Berbalik kepada pengendalian dan pemanduan Proton Suprima S ini. Terus-terang Berita Semasa jikalau mahu dibandingkan semasa model keluaran Proton, boleh kami katakan Proton Suprima S ini ja…uhhhh meninggalkan “abang-abangnya” yang terdahulu. Maknanya, Proton mula serius untuk melakukan penambahbaikan.

Proton Suprima S VS Model Lama Proton

Honestly (perkataan ini lagi?), jikalau kami cabut badge Proton, Berita Semasa boleh jamin ramai yang ingat ini adalah kereta import kerana ini semua “all about perception”.
  • Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia terutamanya bekas pemilik kereta Proton yang terdahulu tidak suka dengan “Badge Proton”
  • Suka atau tidak, inilah harga yang perlu dibayar oleh Proton untuk keluaran model-model terdahulu mereka sebelum ini
Kami teruskan ya review kami? Semasa memandu Proton Suprima S, pick up laju, semasa memotong kenderaan lain boleh Berita Semasa katakan superb jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.
“Semakin laju, semakin sedap. Mudah memandu Proton Suprima S ini”
Semasa Berita Semasa mengambil selekoh, “two thumbs up”. Jangan lupa, Proton Suprima S datang dengan “Multilink Independent Suspension”, ini memberikan kestabilan ketika melalui jalan raya di Malaysia yang terkenal dengan beralun dan “berombak” bagi menyerap sebarang tekanan. Cuma bunyi kipas Proton Suprima S boleh dengar, agak kuat disebabkan enjin turbo. Secara keseluruhan Berita Semasa boleh berita 7.5 / 10 untuk “ride & handling” untuk pemanduan di bandar.
Proton Suprima S
Akhirnya, apa yang Perlu proton titik beratkan ialah bab QC, enjin, penyelenggaraan tempoh jangka masa panjang, Penggunaan bahan api disebabkan harga minyak di Malaysia mahal, antara termahal di dunia (bagi sebuah negara pengeluar minyak). Apatah lagi melihatkan penggunaan bahan api sebanyak 9.1 liter setiap 100 km mengikut piawaian Malaysia boleh kami katakan agak tinggi.
Apa yang anda boleh jangkakan? Teknologi enjin Proton masih banyak lagi kena pertingkatkan. Masih lagi tertinggal. Proton mesti fokus kepada teknologi enjin.
“engine = jantung”
Kemudahan keselamatan yang disediakan Proton bagi model kereta Proton Suprima S agak bagus, dan kita boleh nampak sendiri Proton sudah mula mengikut gaya Conti.
  • New Proton Suprima S enam beg udara
  • Tingkap kuasa anti-perangkap
  • Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS)
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
Sekurang-kurang teguran keras daripada anda semua selama ini mereka dengar dan cuba yang terbaik untuk memperbaikinya.
Terus terang Proton Suprima S bagi Berita Semasa kurang cantik sangat apabila dalam gambar. Mesti kena tengok depan-depan pada skala jarak dekat. Cuma :
  • GPS support android + radio touch screen. Bab ini common tiada yang “wow factor sangatlah’
  • Dashboard. Pada kami, Berita Semasa tidak suka, hodoh. Tiada effect chrome diletakkan bersama. Katanya nak ikut style conti, simple memang simple tetapi malangnya terlalu plain. Membosankan
  • Tetapi tidak mengapalah, flat design.
  • Stereng hodoh. Kami kurang menyukainya.
  • Multifunction button click diletakkan tepi stereng kelihatan tidak teratur.
  • Untuk ini, Proton pelru banyak belajar daripada VW contohnya.
Dalamannya pula agak luas. Masuk-masuk sahaja rasa selesa untuk pemandu, belakang pun sama. Masuk-masuk sahaja terasa selesa, luas kabin, Compartment. Jadi jikalau jalan jauh, Insyaallah selesa. Seperti yag Berita Semasa beritahu sebelum ini, zaman Wira dan Gen 2 sudah lama berlalu.
  • Seperti mana diletakkan Hyundai Elantra terbaru dengan yang lama.
  • Pembuat dan pengeluar yang sama, nama model yang sama tetapi rekabentuk jauh berbeza, Jikalau diletakkan sebelah menyebelah pasti ramai yang terfikir bagaimanalah Hyundai boleh terfikir mengeluarkan rekebantuk sehodoh ini.
Jikalau kita mahu bandingkan dengan zaman gelap Proton melalui keluaran Proton Wira, Persona, Waja & Gen 2 dan lain-lain lagi, Proton Suprima S memang tidak sama. Zaman model dahulu telah jauh Proton tinggalkan. Jikalau diletakkan sebelah menyebelah, cerita keseluruhannya adalah berbeza.
new Proton Suprima

Proton Suprima S. Berbaloi Atau Tidak?

Secara keseluruhannya, boleh sahaja puji Proton. Tidak kisahlah Proton dilihat cilok idea daripada Mitsubishi Mivec hatchback. Sebab kita semua tahu, tidak berbaloi untuk Proton mula semuanya daripada zero disebabkan kos yang terlalu tinggi sehingga “multi million ringgit”, sedangkan pulangan pasaran hanya di sekitar sini dan dekat-dekat sahaja.
Proton Suprima S & Proton Preve boleh Berita Semasa katakan menjadi new benchmark untuk model Proton akan datang.
  • Proton Suprima S rebentuk luaran masih kuat pengaruhnya daripada rekebentuk kereta Jepun
  • Manakala rebentuk dalam dan fungsi keselamatan, Proton silihat sudah mula mengikut jejak kereta Conti
  • Tetapi akhirnya, kepuasan bagi pemilik kereta adalah prestasi kereta. Berbaloi atau tidak?
Suka atau tidak Proton tidak ada skala ekonomi yang kuat dan kukuh. Disebabkan saiz pasaran yang terhad.  Malangnya semasa Tengku Mahaleel, tumpuan adalah di pasaran tempatan dan model kereta yang dibangunkan tidak mengikut apa yang orang perlu / mahu.
Peluang ini telah Proton sia-siakan. Walaubagaimanapun, semasa Datuk Syed Zainal, Proton mula menggit semula pasaran automotif negara selaras dengan keperluan pasaran. Apa-apa pun dengan Proton Preve dan kini proton Suprima S pula, Good job Proton. Good job Samada berbaloi atau tidak Berita Semasa pulangkan persoalan ini kepada anda untuk dijawab melalui pandangan dan komen yang anda kongsikan di sini….
P/S : Apa komen anda pula?

No comments:

Post a Comment