Friday 13 September 2013

Islam Itu Indah

Tudung adalah mahkota wanita jadi jangan buang mahkota supaya jadi macam langsuir! 

Apa pandangan korang?

Saturday 7 September 2013

7 Binatang Terbesar di Dunia


1. Hewan terbesar
Rekor hewan terbesar di pegang oleh paus biru dengan berat 190 ton dan panjang 30 meter



2. Hewan darat terbesar
Rekor kedua di pegang hewan darat gajah afrika ni gan,dengan rekor berat 13,5 ton dan panjang 10,6 meter (panjang dari gading sampai ekor)

3. Karnivora darat terbesar
Beruang pemegang rekor ketiga dengan berat hampir 1 ton dan tinggi 3 meter

4. Hewan Darat Tertinggi
Hewan darat yang super duper tinggi,dengan berat 2 ton dan tinggi 5,8 meter

5. Amphibi Terbesar
Salamander raksasa dari china,dengan berat 4 kilogram dan panjang 1,83 meter

6. Invertebrata Terbesar
Cumi Collosal paling gede, dengan berat 494 kg dan panjang 14m

7. Serangga terbesar
Ini serangga paling gede gan,kumbang goliath,dengan berat 115gram dan panjang 11,5 cm

Boikot Israel : Jom Boikot Produk Buatan Israel Seperti Mcdonald (McD) Malaysia. Setuju @ Tidak?

   
Email
boikot israel
Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil & diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa? 

Boikot Israel : Boikot McDonald VS Notis McDonald Malaysia!

boikot israel Mcdonald
Adakah kempen boikot produk Israel, boleh pilih-pilih? Setakat boikot McD, kami umpamakan secebis zarah daripada satu tubuh lengkap manusia. pemasaran & promosi yang dijalankan pun KFC sendiri tidak mampu untuk melawan. Jikalau kita fahami sistem ekonomi yahudi, sistem kapitalis dan ekonomi dunia, sangat mustahil. Bahkan tindakan boikot Israel ini secara halusnya mempromosikan lagi produk tersebut, contohnya menjual t-shirt boikot, pelekat boikot.
“Because people are born already married to curiousty”
Boleh tercapai atau tidak objektif kempen boikot Israel iaitu melibatkan produk buatan Israel)? Bukan mahu memperlekehkan, dan bukannya kami melarang sesiapa untuk boikot produk buatan israel. Itu hak & pendirian masing-masing. Tetapi perlu difikirkan secara mendalam disertakan dengan kajian. Bukan sekadar ikut-ikutan. Apabila diberikan promosi burger percuma, berduyun-duyun datang. Erm……mereka lapar agaknya….

Boikot Israel : McDonald Malaysia VS MacDonald Luar Negara

boikot israel mcdonald
Yang penting sekarang kita kena titipkan roh keimanan kepada generasi yang ada. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah. Sentiasa berdoa pada Allah untuk Palestin dan mereka yang senasib dengannya. Hanya Allah sahaja yang layak memberikan balasan perit kepada kaum Zionis LAKNATULLAH ini, dengan itu kita kenalah istiqomah berdoa dengan sangat yakin pada setiap masa.
Masih terngiang-ngiang di telinga kami kata-kata Ustaz Hassan Din yang pernah mengatakan :
Kalau nak anak automatik berpuasa di bulan Ramadan, kita kena ajarkan solat dahulu, sebab kalau anak tu tadi solat tanpa disuruh-suruh, maka dia akan puasa tanpa disuruh, anak yang ada ramai puasa tapi solat entah ke mana, hanya nak dihebohkan bahawa anaknya puasa cukup, dapatlah duit raya banyak. Hakikatnya, ibubapa sendiri tidak bersolat.
Diibaratkan seperti seekor khinzir, memang jelas sudah haram. Tetapi apabila lemak dan asid dijadikan lipstick, dijadikan dakwat printer, jadi kapsul pemutih kulit, boleh sahaja pakai.
Sekali lagi kami tidak pertahankan McD. Tetapi kami memikirkan yang bekerja itu, pembekal untuk semua cawangan McDonald di Malaysia. Bukankah itu semua memerlukan pekerja yang terdiri daripada kalangan anak-anak kita semua? Jikalau pun nak boikot Israel terutamanya melibatkan produk buatan Israel, mengapa hanya McD sahaja yang menjadi sasaran. Nak mulakan kempen boikot kena konsisten. Jangan ambil sikit-sikit. Bagaimana pula dengan produk Nestle, Milo tak nak boikot sama?
  • Sepatutnya, McDonald itu sendiri tidak dibenarkan dibuka di Malaysia sejak daripada awal lagi? Bukankah itu lebih baik? Kita mempunyai kuasa untuk melakukannya.
  • Kita bersusah payah untuk boikot produk McDonald yang sudah beratus-ratus cawangan di Malaysia. Sedangkan kita mempnyai jalan yang mudah untuk tidak membenarkan MacDonald dibuka di Malaysia? Bukankah lebih mudah begitu?
  • Tetapi persoalannya sanggupkah Malaysia bertindak sebegitu?
Hakikatnya, Palestin hanya akan dibebaskan dengan peperangan fizikal dan peperangan spiritual, sehingga keluarnya lagi  seperti pemimpin agung pembebas Baitul Muqaddis terdahulu, iaitu Salahuddin Al Ayubi. Umat Islam solat Subuh seramai solat jumaat di masjid-masjid. Sampai sekarang pun umat Islam masih tak bersatu. Apabila sudah bersatu maka akan bebaslah Palestin dari cengkaman, Palestin ni adalah kisah benar dan kisah simbolik tahap kesatuan umat islam seluruh dunia.
P/S : Palestin terus diperkotak-katikkan dengan negara haram Israel sejak dari tahun 1940 an lagi. Jikalau betul boikot Israel berlaku dikalangan semua orang Islam, sudah lama tumbang Israel. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Di mana hasilnya?

Proton Suprima S 2013. Review Berita Semasa? Berbaloi Atau Tidak Beli?

   
Email
proton suprima
Lihat Gambar proton Suprima S dengan lebih jelas. KLIK SINI
Proton Suprima S : Semua sudah mengetahui Proton Suprima S telah pun dilancarkan secara rasmi baru-baru ini. Berbagai-bagai pendapat yang bertebaran di Internet. Ada yang positif dan ada juga yang bertindak mengkritik untuk kebaikan bersama. Dan Berita Semasa sendiri telah pun test drive Proton Suprima S. Dan ini ceritanya & review daripada kami…..
Sekali pandang, ala-ala macam Mitsubishi lancer VIII 1.6 MIVEC 2011. Dua kali pandang memang Proton Suprima S. Itu antara pandang pertama kami untuk model baru Proton kali ini

Test Drive Proton Suprima S

proton suprima sMula-mula apabila Berita Semasa hidupkan sahaja enjin Proton Suprima S, oleh sebab ia menggunakan Lotus Handling semestinya sterengnya dirasakan berat dan padat. Jadi, apabila kereta proton Suprima S mula bergerak streng sudah mulai selesa untuk digerakkan. Tidak seringan seperti Honda City tetapi apa yang boleh Berita Semasa katakanhandling lebih sedap selesa berbanding drive Toyota Vios. Ooops!! Honestly….
Semasa Berita Semasa reverse, seperti yang diketahui Proton Suprima S bagi varian Premium ada disediakan kemudahan “reverse camera” dan juga “front camera”. Jadi bergunalah terutamanya kepada pemandu yang sangat teruk bab parking, side parking atau tempat sempit. “Front camera” pula tiada nampak apa yang di hadapan kereta anda, ia hanya memberikan amaran samada kereta Proton Suprima S anda masih boleh lajak lagi atau tidak. Dan fungsi ini semua boleh “turn off” atau “on” sesuka hati anda. Walaubagaimanapun, bagi Berita Semasa siapa yang biasa memandu tidak perlukan sebenarnya fungsi-fungsi begini. Honestly….
Lagi Proton Suprima S ada disediakan kemudahan Bluetooth, SD card slot, USB , GPS , internet (Yes 4g ). Manakala butang pada Proton Suprima S ini tidak “fake” yang nampak murah. Getah lembut. Jadi, ok bagi Berita Semasa. Ada penambaikan di situ daripada Proton.
Proton Suprima S 7 gear auto speed. Turbo kelas 2. Jikalau anda mahu bandingkan dengan Subaru, Subaru turbo kelas 3.
Ok Berbalik kepada pengendalian dan pemanduan Proton Suprima S ini. Terus-terang Berita Semasa jikalau mahu dibandingkan semasa model keluaran Proton, boleh kami katakan Proton Suprima S ini ja…uhhhh meninggalkan “abang-abangnya” yang terdahulu. Maknanya, Proton mula serius untuk melakukan penambahbaikan.

Proton Suprima S VS Model Lama Proton

Honestly (perkataan ini lagi?), jikalau kami cabut badge Proton, Berita Semasa boleh jamin ramai yang ingat ini adalah kereta import kerana ini semua “all about perception”.
  • Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia terutamanya bekas pemilik kereta Proton yang terdahulu tidak suka dengan “Badge Proton”
  • Suka atau tidak, inilah harga yang perlu dibayar oleh Proton untuk keluaran model-model terdahulu mereka sebelum ini
Kami teruskan ya review kami? Semasa memandu Proton Suprima S, pick up laju, semasa memotong kenderaan lain boleh Berita Semasa katakan superb jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.
“Semakin laju, semakin sedap. Mudah memandu Proton Suprima S ini”
Semasa Berita Semasa mengambil selekoh, “two thumbs up”. Jangan lupa, Proton Suprima S datang dengan “Multilink Independent Suspension”, ini memberikan kestabilan ketika melalui jalan raya di Malaysia yang terkenal dengan beralun dan “berombak” bagi menyerap sebarang tekanan. Cuma bunyi kipas Proton Suprima S boleh dengar, agak kuat disebabkan enjin turbo. Secara keseluruhan Berita Semasa boleh berita 7.5 / 10 untuk “ride & handling” untuk pemanduan di bandar.
Proton Suprima S
Akhirnya, apa yang Perlu proton titik beratkan ialah bab QC, enjin, penyelenggaraan tempoh jangka masa panjang, Penggunaan bahan api disebabkan harga minyak di Malaysia mahal, antara termahal di dunia (bagi sebuah negara pengeluar minyak). Apatah lagi melihatkan penggunaan bahan api sebanyak 9.1 liter setiap 100 km mengikut piawaian Malaysia boleh kami katakan agak tinggi.
Apa yang anda boleh jangkakan? Teknologi enjin Proton masih banyak lagi kena pertingkatkan. Masih lagi tertinggal. Proton mesti fokus kepada teknologi enjin.
“engine = jantung”
Kemudahan keselamatan yang disediakan Proton bagi model kereta Proton Suprima S agak bagus, dan kita boleh nampak sendiri Proton sudah mula mengikut gaya Conti.
  • New Proton Suprima S enam beg udara
  • Tingkap kuasa anti-perangkap
  • Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS)
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
Sekurang-kurang teguran keras daripada anda semua selama ini mereka dengar dan cuba yang terbaik untuk memperbaikinya.
Terus terang Proton Suprima S bagi Berita Semasa kurang cantik sangat apabila dalam gambar. Mesti kena tengok depan-depan pada skala jarak dekat. Cuma :
  • GPS support android + radio touch screen. Bab ini common tiada yang “wow factor sangatlah’
  • Dashboard. Pada kami, Berita Semasa tidak suka, hodoh. Tiada effect chrome diletakkan bersama. Katanya nak ikut style conti, simple memang simple tetapi malangnya terlalu plain. Membosankan
  • Tetapi tidak mengapalah, flat design.
  • Stereng hodoh. Kami kurang menyukainya.
  • Multifunction button click diletakkan tepi stereng kelihatan tidak teratur.
  • Untuk ini, Proton pelru banyak belajar daripada VW contohnya.
Dalamannya pula agak luas. Masuk-masuk sahaja rasa selesa untuk pemandu, belakang pun sama. Masuk-masuk sahaja terasa selesa, luas kabin, Compartment. Jadi jikalau jalan jauh, Insyaallah selesa. Seperti yag Berita Semasa beritahu sebelum ini, zaman Wira dan Gen 2 sudah lama berlalu.
  • Seperti mana diletakkan Hyundai Elantra terbaru dengan yang lama.
  • Pembuat dan pengeluar yang sama, nama model yang sama tetapi rekabentuk jauh berbeza, Jikalau diletakkan sebelah menyebelah pasti ramai yang terfikir bagaimanalah Hyundai boleh terfikir mengeluarkan rekebantuk sehodoh ini.
Jikalau kita mahu bandingkan dengan zaman gelap Proton melalui keluaran Proton Wira, Persona, Waja & Gen 2 dan lain-lain lagi, Proton Suprima S memang tidak sama. Zaman model dahulu telah jauh Proton tinggalkan. Jikalau diletakkan sebelah menyebelah, cerita keseluruhannya adalah berbeza.
new Proton Suprima

Proton Suprima S. Berbaloi Atau Tidak?

Secara keseluruhannya, boleh sahaja puji Proton. Tidak kisahlah Proton dilihat cilok idea daripada Mitsubishi Mivec hatchback. Sebab kita semua tahu, tidak berbaloi untuk Proton mula semuanya daripada zero disebabkan kos yang terlalu tinggi sehingga “multi million ringgit”, sedangkan pulangan pasaran hanya di sekitar sini dan dekat-dekat sahaja.
Proton Suprima S & Proton Preve boleh Berita Semasa katakan menjadi new benchmark untuk model Proton akan datang.
  • Proton Suprima S rebentuk luaran masih kuat pengaruhnya daripada rekebentuk kereta Jepun
  • Manakala rebentuk dalam dan fungsi keselamatan, Proton silihat sudah mula mengikut jejak kereta Conti
  • Tetapi akhirnya, kepuasan bagi pemilik kereta adalah prestasi kereta. Berbaloi atau tidak?
Suka atau tidak Proton tidak ada skala ekonomi yang kuat dan kukuh. Disebabkan saiz pasaran yang terhad.  Malangnya semasa Tengku Mahaleel, tumpuan adalah di pasaran tempatan dan model kereta yang dibangunkan tidak mengikut apa yang orang perlu / mahu.
Peluang ini telah Proton sia-siakan. Walaubagaimanapun, semasa Datuk Syed Zainal, Proton mula menggit semula pasaran automotif negara selaras dengan keperluan pasaran. Apa-apa pun dengan Proton Preve dan kini proton Suprima S pula, Good job Proton. Good job Samada berbaloi atau tidak Berita Semasa pulangkan persoalan ini kepada anda untuk dijawab melalui pandangan dan komen yang anda kongsikan di sini….
P/S : Apa komen anda pula?

Kenaikan Tambang Bas Naik 30% Tidak Lama Sahaja Lagi!!

   
Email
Tambang Bas Sekolah
Seperti sudah dijangka ramai. Satu persatu kos pengangkutan akan naik selepas ini. Kali ini tambang bas pula akan mengambil gilirannnya bagi menampung kos kenaikan harga minyak yang diumumkan secara mengejut perdana Menteri baru-baru ini (DI SINI). Walaubagainapun, kesan rantaian baru sahaj bermula, akan ada yang menyusul tidak lama sahaja lagi…..
Dijangka tambang bas akan naik sekitar 30%. Bermakna di sini.
  • Jikalau diambil contoh tambang bas anda bernilai RM40, dikirakan kesan kenaikan tambang bas naik sebanyak 30%
  • Tambang abas akan datang akan menjadi RM52 pula
Sudah bersedia rakyat Malaysia menghadapinya terutamanya yang berulang alik, menggunakan perkhidmatan awam seperti bas selama ini?

Minyak RON 92 (Minyak Petrol 1 Malaysia VS RON 95 Mahal)? Pilihan Terbaru Rakyat Malaysia?

   
Email
ron 92
Minyak RON 92 : Ehem…..sekitar 2 bulan lepas Berita Semasa ada mengeluarkan laporan berita yang bertajuk “Minyak Petrol RON 91 Bakal Gantikan Minyak RON 95. Usaha Kerajaan Turun Harga Minyak Dan…” selepas mendapat makluman daripada kalangan “think-tank” Datuk Seri Najib Razak yang merancang ke arah mengurang sebanyak mungkin subsidi yang ditanggung kerajaan termasuk subsidi bahanapi. Hari ini…..
Hari ini sudah kedengaran di mana cadangan perkenalkan semula minyak yang lebih rendah kualitinya sebagai pilihan alternatif kepada pemilik kenderaan iaitu minyak RON 92.

Minyak RON 92 Akan Kembali

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
Mahu maklum balas daripada rakyat Malaysia? Adakah benar mahukan responbalas daripada rakyat? Kalau macam itu, turun semula harga minyak, boleh? Maklum balas? Erm…..Berita Semasa merasakan menteri yang bernama Hasan Malek ini baru sahaja belajar-belajar “bermain silat” ketika berhadapan dengan suara rakyat. Banyak yang kena belajar dengan menteri lain seperti………. & ………….
“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya.
Hakikatnya…..kerajaan Malaysia sudah pun membuat kajian sebenar-benarnya termasuklah dengan para pembekal. Hanya menunggu masa dan waktu sahaja untuk dilaksanakan.

Minyak RON 92 VS Minyak RON 95

Teringat Berita Semasa pada zaman dahulu Malaysia ada menyediakan 2 pilihan jenis minyak petrol kepada rakyat Malaysia :
  • leaded minyak RON 92 (minyak merah, berplumbum)
  • unleaded minyak RON 97 (minyak hijau, tanpa plumbum)
RON 92 MalaysiaKononnya atas nama mahu menjaga kesihatan rakyat (atas sebab plumbum daripada asap kenderaan membahayakan kesihatan) kerajaan Malaysia telah bertindak untuk menghapuskan penggunaan minyak RON 92 digantikan dengan RON 95 unleaded yang murah dan berpatutan ketika itu.
Walaubagaimanapun, zaman telah berubah kesihatan nampknya bukan agenda utama kerajaan Malaysia sekarang. Keuntungan yang lebih penting sebenarnya. Dan…atas nama keuntungan, minyak RON 92 akan digunakan semula.
  • Semakin tinggi nilai RON semakin lambat terbakar.
  • RON tinggi digunakan untuk “high compression engine” yang memerlukan “fuel mixture detonate much later dalam chamber” untuk elakkan masalah “knocking”
  • Walaubagaimanapun, ia bergantung sebenarnya bergantung kepada kemampuan enjin anda. Ada enjin yang sesuai untuk RON 97. Ada enjin cukap memadai sekadar memakai RON 95.
Penyelesaian yang lebih kurang sama melibatkan kenaikan harga barang, sehingga akhirnya lahirnya “Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)” :
  • Anda tidak mampu beli barang runcit di kedai biasa disebabkan semua barang sudah menjadi mahal? Nah…mari beli barang yangKUALITI RENDAH
  • Anda tidak mampu mampu bayar harga minyak Petrol RON 95 apatah lagi minyak RON 97 akibat kenaikan kos bahanapi? Nah…mari beli petrol KUALITI RENDAH
  • Jika Mydin ada KR1M, jangan terkejut akan datang akan ada pula PR1M (Petrol Rakyat 1 Malaysia) di bawah kendalian Petron. Mengapa Petron? (KLIK SINI)
Mudahnya penyelesaian? Berita Semasa fikir kalangan menteri perlu menjalani “IQ test” daripada masa ke semasa untuk kedengaran cadangan yang lebih baik, segar dan bernas untuk rakyat Malaysia. Sebenarnya tugas kerajaan, apa dia? Tingkatkan KUALITI HIDUP rakyat Malaysia, tingkat KUASA BELI rakyat Malaysia.
Apabila sebuah kerajaan gagal uruskan ekonomi negara dengan baik dan hanya mampu memberikan solusi yang mana rakyat Malaysia kebanyakannya perlu DOWNGRADE kehidupan mereka untuk menyara kehidupan, maknanya negara kita Malaysia berada dalam masalah sebenarnya. Dan…inilah realitinya.  Apa pula pendapat dan komen anda pula dengan dasar pelaksanaan minyak RON 92 ini?